Kes tipu perniagaan: Trump diarah bayar denda AS$ 355 juta

Shopee Sale

Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan organisasi perniagaannya diarah membayar penalti sebanyak US$355 juta pada Jumaat membabitkan kes penipuan perniagaan yang dikemukakan oleh Peguam Negara New York Letitia James , lapor Xinhua.

Trump dan entitinya didakwa menyerahkan data kewangan palsu kepada akauntan bagi membolehkan pinjaman lebih banyak dan pada kadar lebih rendah, menurut hakim Mahkamah Agung New York County Arthur F. Engoron.

"...Defendan gagal menerima tanggungjawab atau mengenakan kawalan dalaman untuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa akan datang," kata Engoron merujuk ringkasan dokumen 92 muka surat.

Selain Trump; Allen Weisselberg, bekas ketua pegawai kewangan Organisasi Trump dan Jeffrey McConney, bekas pengawal Organisasi Trump, dilarang daripada berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah dalam mana-mana perbadanan atau entiti undang-undang lain di New York selama tiga tahun.

Weisselberg dan McConney, dilarang secara kekal daripada berkhidmat dalam institusi kewangan di mana-mana perbadanan New York atau entiti perniagaan yang serupa di negeri itu.

MENARIK:  Sng gesa KDN buat SOP baru percepat ujian makmal

Sementara itu, Weisselberg, Donald Trump Jr dan Eric Trump masing-masing didenda US$1 juta, US$4.01 juta dan US$4.01 juta.

Eric dan Trump Jr mengkritik penghakiman itu dan peguam Donald Trump, Chris Kise bercadang untuk mengemukakan rayuan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular