Kes Nik Elin: Mengapa Kelantan dipersalah, soal Takiyuddin

Shopee Sale

PARLIMEN l Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Kelantan dipersalahkan kerana membentangkan enakmen syariah negeri yang didapati bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) itu berkata setiap kerajaan negeri mempunyai penasihat undang-undang (LA) yang dihantar oleh Jabatan Peguam Negara (ACG), yang tugas mereka antara lain, termasuk menasihati berkaitan bidang perundangan.

Gambar Hiasan - Takiyuddin Hassan

"Semua LA (penasihat undang-undang) datang dari AGC. Penasihat undang-undang ini pasti akan memberi nasihat mereka kepada kerajaan negeri masing-masing sebelum kerajaan membentangkan sebarang rang undang-undang kepada dewan undangan negeri (DUN).

"Jadi sekarang ini seolah-olahnya yang bersalah kerajaan negeri, sedangkan kerajaan negeri dinasihatkan secara rasmi oleh wakil peguam negara.

"Jadi soalan saya, apa tindakan kerajaan untuk membetulkan keadaan ini?" soalnya semasa sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Takiyuddin mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Zulkifli Hasan berhubung usaha Putrajaya mempertahankan undang-undang enakmen syariah negeri, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan 16 peruntukan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019.

Gambar Hiasan - Nik Elin bersama anaknya

Pada 9 Feb lalu, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

Sementara itu menjawab soalan Takiyuddin, Zulkifli berkata AGC konsisten dengan tidak campur tangan dalam cabaran undang-undang yang dikemukakan oleh beberapa individu terhadap perlembagaan peruntukan syariah di negeri-negeri.

MENARIK:  Lubang benam berlaku dekat Kompleks Bunga Raya KLIA

“Dalam kes Iki Putra pada 2021, AGC tidak campur tangan. AGC juga tidak campur tangan dalam kes yang dibawa Nik Elin.

“Ini menunjukkan konsistensi dalam tindakan AGC, berdasarkan keadaan keseluruhan dan faktor yang kita ada hari ini.

"Dan saya ingin mengingatkan (anda) bahawa pada 2021, bukan kerajaan Madani ini yang berkuasa," kata Zulkifli.

Gambar Hiasan - Zulkifli Hasan

Kes Iki Putra merujuk kepada cabaran perlembagaan berasingan oleh Iki Putra Mubarrak terhadap peruntukan di bawah enakmen jenayah syariah Selangor bagi hukuman "persetubuhan bertentangan dengan aturan fitrah".

Pada 2021, Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan itu tidak sah, kerana sudah ada undang-undang persekutuan bagi kesalahan seks luar tabii, sekali gus meletakkannya di bawah bidang kuasa tunggal Parlimen.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular