Kerusi Masjid Tanah kekal milik PN – Mahkamah Persekutuan

Shopee Sale

Kerusi parlimen Masjid Tanah kekal milik Perikatan Nasional (PN) apabila mahkamah tertinggi negara menolak rayuan Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya, hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh hakim P Nallini sebulat suara menafikan rayuan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid yang mencabar kemenangan calon  PN, Mas Ermieyati Samsudin di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Hakim lain yang bersidang bersama adalah Mary Lim Thiam Suan dan Abu Bakar Jais.

Pada 27 Okt tahun lalu, Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen BN untuk membatalkan kemenangan PN di kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Disember 2022.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Abu Bakar Katar mendapati tiada bukti mencukupi bagi menyokong dakwaan pempetisyen bahawa berlaku amalan rasuah.

Pada 25 September lalu, pempetisyen dilaporkan gagal memanggil saksi utama ke perbicaraan.

Sebelum itu, pada 7 Februari lalu, Mahkamah Tinggi menolak petisyen BN selepas membenarkan bantahan awal yang difailkan PN.

MENARIK:  Akmal: Minta kawan 'back up' akan buat kamu lagi diboikot

Namun, selepas rayuan, Mahkamah Persekutuan mengarahkan petisyen itu menjalani perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular