Kereta menteri ekori ambulans: DPP minta polis cari maklumat lanjut

Shopee Sale

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata kertas siasatan terhadap kes kenderaan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang didakwa mengekori rapat sebuah ambulans baru-baru ini, telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Perak pada 13 Feb lalu.

Bagaimanapun, katanya, PPN telah mengarahkan pihak polis mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

"Beberapa arahan telah diberikan kepada pegawai penyiasat. Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada PPN dalam masa terdekat," tambahnya.

Pada 3 Feb lalu, insiden tersebut tular di media sosial dan berikutan itu polis telah merakam keterangan daripada pemandu Nga.

Pada masa kejadian tersebut, ambulans berkenaan dalam perjanalan menuju ke satu lokasi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, Perak.

Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang menetapkan bahawa pemandu harus memberi laluan kepada kenderaan kecemasan dengan lampu siren menyala.

Nga pada 9 Feb lalu berkata dia sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan hal itu dan akan membayar saman yang dikenakan terhadap pemandunya bagi kesalahan tersebut.

Naib Pengerusi DAP itu berkata pada masa tersebut dia sedang dalam perjalanan bagi menghadiri sebuah program rasmi di Ipoh.

MENARIK:  Zahid gesa pengeluar M'sia rebut peluang pasar produk halal di Jepun

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggar undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamat.

"Saya telah mengarahkan pegawai saya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan bersedia membayar kompaun kesalahan bagi pemandu saya sekiranya dia didapati bersalah," tambahnya.

Kata Nga, pemandunya menyedari terdapat sebuah ambulans mengekori dibelakang kenderaannya, lalu dia memberikan laluan kepada kenderaan tersebut.

"Memandangkan jalan raya yang sesak, pemandu saya terpaksa mengekori ambulans tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh," katanya lagi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular