Kerajaan sedia pinda perlembagaan, elak pertindihan sivil, syariah

Shopee Sale

PARLIMEN l Kerajaan sedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengelak berlakunya sebarang pertindihan kuasa antara mahkamah sivil dan syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar berkata bahawa sebarang langkah untuk hal itu akan berdasarkan cadangan oleh jawatankuasa khas yang menyemak keupayaan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang syariah.

"Jika semakan dan cadangan jawatankuasa tersebut menunjukkan adanya keperluan untuk sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks ini, ia akan dibawa ke Majlis Raja-Raja dan kemudiannya ke kabinet.

"Jika peruntukan tersebut menjadi halangan terhadap usaha untuk memperkukuh sistem syariah, dan untuk mengelakkan sebarang konflik antara mahkamah sivil dan syariah, sudah pasti kabinet akan membincangkan dan membawa usul kepada Parlimen berkaitan pindaan tersebut," kata Mohd Na’im.

"Apa yang penting, konflik yang wujud antara mahkamah sivil dan syariah akan terus mencetus pertikaian, jadi ia mesti diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).

Dalam perkembangan lain, akhbar Sinar Harian memetik  Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah sebagai berkata parti itu sedang berusaha untuk menghadap Raja-Raja Melayu dalam usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah di Malaysia.

MENARIK:  Aidilfitri: Baju Melayu kian popular di selatan Thailand

Katanya, PAS melalui Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sudah menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, dan akan menghadap sultan-sultan lain di seluruh negara.

Ia susulan keputusan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan 16 peruntukan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular