Kerajaan akan perkasa program satu kampung satu produk – Zahid

Shopee Sale

Kerajaan akan memperkasakan program “Satu Kampung Satu Produk” dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di peringkat kampung perlu mengambil kesempatan itu dengan meneroka lebih banyak peluang pasaran di luar negara termasuk Jepun.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata pengeluaran bahan ramuan termasuk untuk produk halal di bawah program berkenaan akan diintegrasikan.

“(Program Satu Kampung Satu Produk) sudah ada tetapi saya mencadangkan agar diintegrasikan kerana satu kampung sahaja tidak mencukupi (keluarkan sesuatu produk atau bahan ramuan), mungkin dicampurkan 50 hingga 100 kampung untuk mengeluarkan produk yang sama.

Tidak semestinya produk akhir tetapi ramuan juga telah memudahkan sebenarnya kerana permintaan banyak dan kita harus mengambil peluang ini. Bukan sahaja serai umpamanya, permintaan daun durian belanda juga tinggi untuk herba di sini serta pasaran Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Halal Development Corporation Berhad (HDC) dengan dua entiti di Jepun dalam sektor halal.

Ahmad Zahid turut mengetuai delegasi Malaysia bertemu dengan pemain industri halal terkemuka Jepun dalam Sesi Meja Bulat: “Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti”.

MENARIK:  Diksriminasi sawit M'sia: KPK akan denda syarikat pengimport - Johari

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata penghasilan bahan atau ramuan yang berstruktur dan diintegrasikan adalah bagi memastikan pengeluaran produk halal di pasaran sentiasa konsisten, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Setakat ini, terdapat kira-kira 15,000 kampung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Saya akan menggunakan peluang ini untuk meminta pegawai-pegawai saya dan pegawai daripada jabatan dan agensi lain untuk menggalakkan orang kampung bagi pengeluaran produk ramuan untuk diintegrasikan dan dipasarkan ke luar negara,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan ke Sanda Shokuniku Kosha Co. Ltd untuk melihat operasi pusat penyembelihan Jepun dalam pengeluaran dan pembekalan daging lembu halal.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular