Kementerian Pertahanan ikrar tindakan tegas kes dera MTD

Shopee Sale

Kementerian Pertahanan hari ini mengulangi pendirian tegas terhadap semua bentuk penderaan di kemudahan latihan dan akademik.

Ini susulan dakwaan buli dan dera terbaru yang membabitkan Maktab Tentera Diraja (MTD), yang merupakan sekolah berasrama penuh tentera di bawah bidang kuasa kementerian itu.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata mereka tidak akan bertolak ansur dengan amalan sedemikian dan berjanji tindakan tatatertib yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan.

“Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penderaan dalam mana-mana institusi di bawah Kementerian ini.

"Sebarang dakwaan akan disiasat dan diberikan perhatian yang serius. Sekiranya bersalah, individu berkenaan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya menerusi pesanan ringkas, hari ini.

Malaysiakini menghubungi Khaled untuk mendapatkan jawapannya terhadap laporan media yang mendakwa budaya buli berleluasa di MTD.

Dalam laporan eksklusif Sinar Harian, seorang pelajar turut mendakwa dipaksa memasukkan kakinya ke dalam air panas sehingga melecur.

Ini telah mendorong Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang merupakan alumni MTD, menggesa polis menyerbu sekolah itu dan menjalankan siasatan.

MENARIK:  Isu hak kanak-kanak lahir di luar negara sedang ditangani k'jaan

Dalam hantaran di X, dia bertanya sama ada pihak berkuasa sedang menunggu seseorang untuk terbunuh sebelum bertindak atas dakwaan penderaan.

Kementerian Pertahanan dilanda kontroversi kerana beberapa siri insiden penderaan dan buli di akademi latihan ketenteraan.

Salah satu kes yang paling terkenal ialah pembunuhan kadet Tentera Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular