Kementerian: 8 juta pengguna air dikecualikan caj SST

Shopee Sale

Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa semalam.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.

“Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” menurut kenyataan itu.

Bermula semalam, kadar baru SST naik kepada lapan peratus berbanding enam peratus sebelum ini, seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.

MENARIK:  Hampir 9,500 pesakit baru buah pinggang perlu dialisis didaftar tiap tahun

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

-Bernama

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular