KDN kaji lanjutkan tempoh sah pasport kepada 10 tahun

Shopee Sale

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara.

"Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury di Putrajaya hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Saifuddin, kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu.

"Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun," katanya.

Sementara itu, dia berkata satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Katanya, pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.

"Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat," katanya lagi.

MENARIK:  Tak perlu tangkap, Badrul Hisham tak ada kredibiliti - Sivarasa

Mengenai Pejabat Pasport Shaftsbury, Saifuddin berkata ia adalah pejabat ke-78 dibuka yang menerima permohonan untuk memperbaharui pasport secara dalam talian sepenuhnya.

Dia berkata tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembangan lain, dia berkata sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus.

-Bernama

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular