KDN bentang cadangan pinda perlembagaan isu kewarganegaraan 8 Mac

Shopee Sale

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaran anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing kepada Jemaah Menteri pada 8 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jika kesemua cadangan pindaan tersebut diterima, pembentangan di Parlimen akan mengikut jadual.

“Tapi kalau ada pindaan dan sebagainya maknanya kita akan meneruskan mengikut peranancangan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Disember tahun lepas di laporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf tersebut dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Sementara itu, Saifuddin berkata draf tersebut dipinda selepas mengambil kira input semua pihak melalui beberapa sesi libat urus termasuk bersama tokoh-tokoh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang Perlembagaan, aktivis sosial, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan aktivis muda.

MENARIK:  PM minta KPKM ketuai, selaras sesi libat urus isu padi dan beras

“Semua pandangan mereka kita ambil kira dan pada masa yang sama kita juga mendapat maklum balas daripada kerajaan Sabah, Sarawak dan juga Ahli Parlimen. Kita mendengar semua pandangan mereka dan kemudian kita ambil kira dalam input kita,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular