KDN akan ambil tindakan tegas pihak cuba cetus jenayah di Julau

Shopee Sale

Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien mengenai situasi di kawasan itu.

“Selain itu, saya juga telah berkongsi perkara berkenaan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain,” katanya ketika mengulas kenyataan Sng menggesa Bukit Aman bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme yang berleluasa di Julau dan menjadikan kawasan itu sebagai 'Wild Wild West.'

Beliau berkata Ketua Polis Daerah Julau juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tangkapan berhubung perkara itu.

“Biarlah proses itu selesai dibuat oleh pihak polis di sana dan dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis,” katanya sempena lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Kuala Lumpur hari ini.

Sng dalam catatan di laman Facebook semalam mendakwa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di daerah Pakan dan Julau malah terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

MENARIK:  'Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis’

- Bernama

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular