Kastam Perlis rampas ganja, ketum bernilai lebih RM64,000

Shopee Sale

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas dadah dipercayai kanabis dan daun ketum bernilai RM64,300 dalam serbuan serta pemeriksaan berasingan di kawasan Kuala Perlis dan Padang Besar, Khamis lepas.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata kanabis seberat 20.545 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM62,000 itu ditemukan terapung dalam satu bungkusan guni pada 4.30 pagi di Sungai Belati, Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan di dalam guni menemukan 20 ketulan mampat daun kering disyaki kanabis.

“Dadah itu boleh digunakan lebih 102,000 penagih,” katanya pada sidang media di Padang Besar hari ini.

Beliau berkata modus operanandi pengedaran dadah terbabit dipercayai dengan menghanyutkan bungkusan guni di perairan sungai bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa sebelum diambil oleh pihak tertentu.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya merampas 230 kg daun ketum dianggarkan bernilai RM2,300 yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pikap bernombor pendaftaran Thailand menerusi pemeriksaan di laluan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dekat sini pada 11 pagi hari sama.

Menurut Ismail hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang diubah suai dan dipandu remaja lelaki tempatan berumur 16 tahun itu menemukan beberapa bungkusan berisi daun ketum yang disembunyikan di bonet, ruang tersembunyi belakang kenderaan dan dalam kenderaan itu.

MENARIK:  Anwar iklhas tangani isu-isu lama masyarakat India - Xavier

Beliau berkata remaja itu mendakwa melakukan kerja sambilan dengan menerima upah daripada sindiket penyeludupan sekitar RM10 untuk satu perjalanan bagi membawa bekalan daun ketum dipercayai dari kawasan Wang Kelian hingga melepasi sempadan Malaysia-Thailand.

“Kesemua daun ketum disyaki untuk diseludup ke Thailand itu telah disita bersama-sama kenderaan pikap dengan dianggar bernilai RM110,000,” katanya menambah remaja yang masih bersekolah itu dilepaskan dengan jaminan Kastam.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular