Kamarul panggil kawan tak puas hati buku Yeoh jadi saksi mahkamah

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan saksi kepada pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff untuk membataskan keterangan mereka hanya kepada tindak balas mereka terhadap buku memoir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bertajuk Becoming Hannah.

Hakim Aliza Sulaiman membuat keputusan ini hari ini selepas pasukan peguam Yeoh semalam memohon agar keterangan saksi yang dikemukakan oleh pensyarah tersebut dianggap tidak boleh diterima dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Yeoh.

Keputusan mahkamah ini menyebabkan bukti daripada saksi pembelaan hanya tertumpu kepada satu perenggan dalam penyataan pembelaan Kamarul Zaman.

Perenggan yang dimaksudkan membabitkan dakwaan pihak defendan bahawa Kamarul tidak memfitnah plaintif ketika membuat kenyataan mengenai ketidakpuasan hati rakan-rakannya terhadap buku tersebut.

Kamarul berhujah dia akan memanggil rakan-rakannya sebagai saksi untuk menyokong pembelaannya.

Yeoh saman Kamarul dakwa Kristianisasi

Yeoh telah memfailkan saman berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan gerakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Ahli parlimen Segambut itu menegaskan bukunya hanyalah biografi peribadi mengenai perjalanan dirinya dalam dunia politik tanpa sebarang agenda untuk memurtadkan umat Islam.

Terdahulu hari ini, peguam Kamarul Zaman, Khairul Azam Abdul Aziz mengemukakan hujah lisan menentang permohonan Yeoh untuk mengecualikan keterangan saksi pembelaan.

MENARIK:  MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara Jendela

Selepas keputusan mahkamah mengenai skop keterangan saksi, pihak pembelaan dijangka akan memanggil bekas senator, Ibrahim Abu Shah untuk memberi keterangan esok bagi menyokong pembelaan akademik tersebut.

Selain itu, seorang lagi saksi yang dijadualkan memberi keterangan bagi pihak Kamarul Zaman esok ialah bekas eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Harizal Hassan.

[Berita penuh menyusul]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular