Kakak maut, adik parah motor rempuh belakang lori

Shopee Sale

Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya yang berusia lima tahun cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki merempuh belakang lori di Jalan Gunung Keriang dekat Alor Setar semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata remaja berusia 19 tahun itu, yang tinggal di Alor Janggus di Alor Setar, maut di tempat kejadian manakala adiknya mengalami pendarahan kepala dan telah dibawa ke hospital.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori itu pada kira-kira 2.10 petang...

“Hasil siasatan mendapati adik-beradik itu sedang dari arah lampu isyarat Alor Janggus menuju ke lampu isyarat Gunung Keriang manakala lori yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari simpang jalan tar mini di kawasan berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan di Alor Setar.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang sedang bergerak lurus melanggar bahagian sisi kiri belakang lori yang melintas secara tiba-tiba sehingga menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak.

MENARIK:  Setengah juta ahli KWSP wilayah utara tiada baki simpanan asas mencukupi

“Pemandu lori telah menyerah diri dan ditahan untuk siasatan lanjut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk proses bezah siasat dan adik mangsa juga dirawat di hospital yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular