Kadir tak anggap media perlukan kod etika baru

Shopee Sale

Story- Bagaimana reaksi Tokoh Wartawan Negara 2011 menyambut pengumuman kerajaan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia yang diumumkan menteri hari ini?

Bagi A Kadir Jasin, apa yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi adalah sesuatu yang tidak perlu

"Saya sudah jadi pemberita selama 54 tahun. Etika kewartawanan wujud lama sebelum itu.

"Saya tidak fikir saya memerlukan satu etika baru," katanya.

A Kadir yang juga bekas penasihat media kepada perdana menteri pada 2018 berkata demikian sebagai mengulas pengenalan kepada Kod Etika Wartawan Malaysia yang diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pagi tadi.

Terdahulu Fahmi melancarkan kod etika itu sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus didakwa mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.

Lapan garis panduan ditetapkan dalam kod etika berkenaan. Antara lain ia merujuk kepada keperluan wartawan menjadi suara kepada masyarakat majmuk; telus dan berintegriti; dan adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain yang dinyatakan ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) pula mempunyai hak membatalkan kad perakuan media.

MENARIK:  Pengurus didenda kerana benarkan al-Quran dijilidkan di kilang bukan Islam

Menurut A Kadir pada minggu lalu ada seseorang yang menunjukkan draf kod etika berkenaan kepadanya dan menawarkan agar pandangan diberikan.

Bagaimanapun kata bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu, dia menolak untuk berbuat demikian.

Bahkan dia yang sudah 54 tahun menjadi wartawan juga secara sinis mengingatkan sesuatu kepada kerajaan: "Salah satu daripadanya ialah kita jadi wartawan berpuluh-puluh tahun lamanya, tetapi menteri penerangan datang dan pergi. Sekian. Terima kasih."

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular