Kadar upah penghantar turun: MOT tuntut penjelasan Grab

Shopee Sale

Syarikat Grab perlu memberi penjelasan mengenai dakwaan menurunkan kadar asas upah penghantar makanan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dia mengulas sekumpulan penghantar makanan yang menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam bagi memohon campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.

"Memorandum itu kita akan kaji dan kita akan bincang dengan pihak kementerian lain yang terlibat.

"Kita juga akan meminta Grab untuk beri penjelasan," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Loke berkata pihak MOT akan berbincang dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kementerian dan agensi lain dalam menangani permasalahan ini.

Antara tuntutan memorandum semalam adalah gesaan supaya syarikat p-hailing tersebut mengembalikan kadar upah dahulu iaitu RM5 bagi satu pesanan yang disifatkannya sebagai lebih baik berbanding hanya RM4 atau RM4.50 ketika ini.

Memorandum itu diserahkan wakilnya, Mohd Adie Ali Nafiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOT, Dr Nor Fuad Abdul Hamid di Putrajaya, yang turut dihadiri kira-kira 40 wakil penghantar makanan seluruh negara.

MENARIK:  Sebahagian besar isu dalam laporan IMD telah diselesaikan - Anwar

Tuntutan lain adalah meminta syarikat p-hailing itu menambah baik pemulangan bayaran pembatalan pesanan yang melibatkan pesanan tunai berikutan tempoh pemulangan ketika ini mengambil masa terlalu lama.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular