K9 bantu kesan remaja dikhuatiri lemas di Sg Pahang

Shopee Sale

Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing di rumah rakit Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa Azri Fahmi, 14, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi sungai.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari kedua itu disertai 37 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti JBPM, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Operasi SAR yang bermula pada 6.45 pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian diperluaskan ke kawasan sepanjang 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat jatuh.

“Kaedah pencarian adalah di tebing sungai dengan khidmat bantuan anggota dan anjing pengesan K9 manakala pasukan PPDA melakukan selaman di sekitar lokasi mangsa jatuh serta rondaan dengan bot di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MENARIK:  Hajiji enggan tunduk pada peras ugut, rasuah - Laporan

Beliau berkata operasi pencarian itu masih berjalan dan turut mendapat kerjasama penduduk kampung.

Semalam, remaja lelaki itu bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut sebelum terjatuh dan dipercayai hanyut dibawa arus Sungai Pahang.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular