Jurutera tentera AS bakar diri protes pembunuhan di Gaza

Shopee Sale

Seorang anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di luar kedutaan Israel di Washington DC pada hari Ahad.

Jurutera tentera udara Aaron Bushnell membakar dirinya sebagai protes terhadap kematian orang awam di Gaza, yang berjumlah hampir 30,000 setakat ini.

"Saya tidak akan lagi terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid). Saya akan terlibat dalam tindakan protes ekstrem.

"Tetapi jika dibandingkan dengan apa telah dialami orang awam di Palestin di tangan penjajah mereka, ia tidak melampau sama sekali.

"Inilah yang diputuskan oleh kelas pemerintah kita sebagai perkara biasa," katanya menurut video yang dirakamnya semasa berjalan ke arah kedutaan Israel.

Bushnell, yang berpakaian seragam, kemudian meletakkan telefonnya di atas tanah, menyiram badannya dengan cecair mudah terbakar dan menyalakan api membakar dirinya.

Dia melaungkan "free Palestine" (bebaskan Palestin) semasa terbakar.

Ejen Perkhidmatan Rahsia AS yang ditempatkan di kedutaan berkenaan telah memadamkan kebakaran tetapi lelaki tersebut yang berusia 25 tahun cedera parah ketika itu.

Terdapat laporan yang bercanggah sama ada dia dalam keadaan kritikal atau telah meninggal dunia akibat kecederaannya.

MENARIK:  Reezal tersinggung video promosi George Town Festival

AS telah dituduh membantu dan bersubahat dengan kerajaan Israel dalam serangan berterusan ke atas Gaza sejak Oktober lalu sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan oleh Hamas.

Hampir 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh setakat ini.

Angka korban di pihak Israel sekitar 1,400 orang.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular