Jenazah Taib Mahmud selamat tiba di Kuching

Shopee Sale

Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi tadi, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4.25 petang.

Jenazah Abdul Taib yang diiringi isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib telah diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta ketiga-tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, merupakan antara yang hadir untuk menyambut jenazah Allahyarham.

Selain itu, kira-kira 300 orang termasuk menteri kabinet negeri juga telah memenuhi Balai Ketibaan Tetamu Kehormat lapangan terbang itu sejak tengah hari tadi, untuk menyambut ketibaan jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak paling lama itu.

Ketibaan jenazah disambut dengan kawalan kehormat utama Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli dengan bacaan doa dan diakhiri dengan lagu Ibu Pertiwiku, sebelum diusung menggunakan kenderaan khas untuk dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako, di Kuching.

Esok, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN), di mana orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 8 hingga 11.30 pagi.

MENARIK:  Jawatankuasa BNM: M'sia ada asas kukuh, ringgit bawah nilai sebenar

Seterusnya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri, di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan peranancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular