Jakim: Kami tak terima sebarang bukti nasab ‘Mawla Amin’

Shopee Sale

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) nafi menerima bukti dokumen nasab seorang lelaki Algeria Muhammad Amin al-Idrisi  yang yang didakwa mempunyai susur galur keturunan Nabi Muhammad.

Penafian itu susulan kenyataan penganjur programnya di negara ini–Nur Al Mustafa Malaysia– minggu lepas yang mendakwa telah mengemukakan bukti dokumen kepada Jakim.

"Susulan kenyataan dibuat oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia berhubung nasab 'Mawla Amin', dengan ini Jakim ingin maklumkan tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan," kata Jakim dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 22 Feb lalu Pengerusi Nur Al Mustara Malaysia Hasnul Hakim Mohd Zain mendakwa ‘bukti’ itu pernah diserahkan kepada Jakim Pulau Pinang dan Melaka bagi mendapatkan tauliah ceramah lelaki berkenaan.

Kehadiran lelaki itu menjadi tumpuan sesetengah kelompok masyarakat di negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kehadiran individu itu ke negara ini untuk memberi ceramah agama, akan terus dipantau rapi.

Menurutnya jika lelaki warga Algeria itu dikesan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar juga memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak terlalu taksub kepada mana-mana individu, sebaliknya berpegang kepada ilmu dan fakta.

MENARIK:  'Dakwaan MCA nak tinggalkan BN cuma khabar angin'

Mufti Perlis Asri Zainul Abidin pula berkata sikap mudah percaya dan ketaasuban orang ramai terhadap individu itu membuatkan mereka mudah tertipu. 

Mufti Pulau Pinang  Wan Salim Wan Mohd Noor turut meminta umat Islam supaya tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu kononnya daripada nasab Rasullullah.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular