'Isu projek terbengkalai' – KMDI lapor polis terhadap Adun PN, ancam saman

Shopee Sale

KMDI Holding Sdn Bhd (KMDI) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu gagal melaksanakan projek perumahan generasi baru Felda (PGBF) di Pahang sehingga membawa kerugian kepada kontraktor terbabit.

Pengarah Urusan KMDI Azjuriyahti Azlan berkata tuduhan yang dilontarkan Adun PN (Kuala Sentul) Jasri Jamaludin dan wakil kontraktor Syahfrilhaidi Abdul Rahman merupakan satu fitnah jahat terhadap syarikat itu.

Susulan itu, Azjuriyahti berkata pihaknya telah membuat laporan polis dan akan memfailkan saman fitnah di mahkamah terhadap Jasri.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Kuala Sentul mengatakan projek gagal dan terbengkalai adalah fitnah kerana projek berjalan sebagaimana persetujuan yang dibuat dan ditandatangan bersama dengan kerajaan negeri Pahang melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Adun PN (Kuala Sentul) Jasri Jamaludin bersama wakil kontraktor.

KMDI menafikan projek berkenaan terbengkalai seperti didakwa Jasri sebaliknya menegaskan ia berjalan mengikut jadual secara berfasa seperti mana dipersetujui dengan kerajaan Pahang.

"Dua projek di Sungai Retang dan Jengka 11 sedang dalam proses pembinaan dan penyiapan yang dah mencapai peratusan siap lapan puluh peratus dan dijangka akan diserah milik kepada pembeli pada suku pertama tahun 2025 nanti.

"Sebagaimana dipersetujui bersama dengan kerajaan negeri Pahang, 10 projek ini akan dibina secara berperingkat dan akan diserah milik kepada pembeli sebelum akhir tahun 2026 untuk kesemua 10 tapak projek.

"Dakwaan Adun Kuala Sentul mengenai projek ini dengan menyebut nama kerajaan negeri Pahang khususnya menteri besar adalah tidak berasas," katanya pada satu kenyataan, hari ini.

KMDI dah saman kontraktor

Menjawab tuduhan Jasri bahawa KMDI Holding Sdn Bhd tidak membuat apa-apa bayaran kepada kontraktor yang terlibat dengan pembinaan, Azjuriyahti menjelaskan syarikatnya telah mengemukan tuntutan di mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kontraktor yang terlibat dalam 10 projek PGBF di Pahang (gambar bawah) mendakwa mengalami kerugian lebih RM30 juta akibat pelaksanaan projek berkenaan terbengkalai hampir dua tahun.

MENARIK:  51 penuntut Kolej Profesional Mara di Melaka keracunan makanan

Menurut Adun PN itu, kerajaan negeri Pahang perlu campur tangan segera demi generasi kedua Felda.

Dakwa Jasri lagi, kegagalan projek PGBF berpunca pemaju yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Azjuriyahti berkata KMDI juga telah menyaman syarikat-syarikat kontraktor yang telah menghentikan kerja-kerja pembinaan dan meninggalkan tapak projek sebelum ini kerana gagal mematuhi terma terkandung surat setuju terima yang telah ditandatangan bersama sebelum memulakan kerja.

"Berkenaan dengan dakwaan KMDI tidak memulangkan kembali wang jaminan (Performance Bond) yang dibayar oleh syarikat -syarikat juga tidak berasas yang memperlihatkan Adun Kuala Sentul tidak faham dengan apa yang beliau perkatakan.

"Wang jaminan hanya akan dikembalikan kepada syarikat-syarikat berkenaan setelah semua kerja-kerja yang sepatutnya mereka buat telah siap sepenuhnya.

"Dalam kes ini, disebabkan mereka gagal dalam mematuhi syarat-syarat SST dan meninggalkan tapak-tapak projek tanpa menyiapkan kerja yang sepatutnya.

"Wang jaminan yang dibayar akan diputuskan sama ada mereka berhak atau sebaliknya untuk mendapatkan kembali wang jaminan dan bayaran ke atas kerja-kerja yang telah mereka lakukan sebelum ini, perlu diserahkan kepada keputusan yang akan dibuat oleh hakim melalui mahkamah nanti," kata KMDI.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular