Iran nafi bekal peluru berpandu balistik kepada Rusia

Shopee Sale

Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York menafikan laporan media Barat yang mendakwa negara itu membekalkan peluru berpandu balistik kepada Rusia untuk kegunaan dalam peranang ke atas Ukraine.

“Meskipun tiada sekatan undang-undang terhadap penjualan peluru berpandu balistik, atas tanggungjawab moral Iran tidak melakukan transaksi senjata ketika konflik Rusia-Ukraine...Iran mendukung undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB,” lapor Agensi Berita Iran IRNA memetik kenyataan wakil terbabit di platform X pada Jumaat.

Media Barat pada Rabu memetik 'enam sumber' yang mendakwa Iran membekalkan sekitar 400 peluru berpandu balistik (surface-to-surface) kepada Rusia.

Laporan itu mendakwa bahawa penghantaran bermula pada awal Januari selepas perjanjian dimuktamadkan ketika mesyuarat antara pegawai-pegawai tentera dan keselamatan Iran dan Rusia yang diadakan di Tehran dan Moscow akhir tahun lepas.

Menurut Irna, Tehran dan Moscow menyatakan bahawa penyediaan senjata buatan Iran kepada Rusia adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.

MENARIK:  Speaker DUN Kelantan umum kerusi DUN Nenggiri dikosongkan

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular