Insentif RM20,000 buat masjid, surau dapat tandas taraf 5 bintang

Shopee Sale

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar berkata setiap enam masjid atau surau di Wilayah Persekutuan yang mencapai kebersihan tandas bertaraf lima bintang akan menerima insentif sebanyak RM20,000.

Katanya insentif itu adalah untuk program keilmuan serta pembangunan dan penyelenggaraan bagi masjid atau surau yang mengikuti Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau bertaraf lima bintang peringkat Wilayah Persekutuan yang dilancarkan semalam.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) atas usaha yang amat bermakna ini untuk menyerlahkan keindahan Islam serta institusi masjid dan surau.

“Pelancaran Kempen Kebersihan Tandas dan Surau Bertaraf 5 Bintang Peringkat Wilayah Persekutuan ini amat besar maknanya untuk kita menyerlahkan qudwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mohd Na'im juga berkata masjid dan surau perlu memberikan contoh terbaik dalam aspek kebersihan.

Selain itu, katanya, Islam harus diserlahkan sifatnya yang menjulang tinggi nilai rahmah dan dakwah.

MENARIK:  PSM: Kakitangan awam bermasalah tak perlu dikecuali kenaikan gaji

“Inilah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memulakan usaha ini di Wilayah Persekutuan. Semoga ia memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular