Imigresen tahan pemegang kad UNHCR disyaki bekal pekerja asing

Shopee Sale

Seorang lelaki Myanmar ditahan pihak berkuasa bersama 32 rakyat negara itu di dua lokasi di Sungai Petani, Kedah semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata turut ditahan ialah isteri kepada lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu, serta anak perempuan mereka yang berusia 14 bulan.

Katanya tangkapan operasi itu dilakukan kira-kira jam 10.25 malam semalam.

Menurut Mohd Ridzzuan, lelaki terbabit berusia 53 tahun dan dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan membekal pekerja asing tidak sah di sekitar kawasan utara tanah air.

Katanya kegiatan itu disyaki aktif sejak pertengahan tahun lepas.

"Dalam serbuan di lokasi pertama di Taman Ria Jaya, seorang lelaki yang dipercayai dalang utama sindiket berkenaan ditangkap bersama lima perempuan dan seorang kanak kanak perempuan warganegara Myanmar yang dipercayai tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk tinggal di negara ini.

"Hasil soal siasat ke atas lelaki itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah lagi premis di Taman Batik, dan seramai 26 orang warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan 16 perempuan yang tidak memiliki pas atau permit yang sah telah ditahan," katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, suspek utama dipercayai tinggal di negara ini sejak 35 tahun lalu dan fasih berbahasa Melayu serta mengetahui selok-belok di negara ini.

Kataya tiada elemen penderaan ditemukan pada semua warga asing yang dilindungi lelaki itu walaupun pintu jeriji besi premis-premis terlibat dalam keadaan berkunci dari luar dan anak kunci hanya dipegang lelaki terbabit.

MENARIK:  Taib Mahmud kembali ke rahmatullah

"Dia bertindak demikian bagi mengelak penghuninya keluar dan berkeliaran di kawasan sekitar atau melarikan diri.

"Dia juga mengaku menyediakan dan menghantar makanan dua kali sehari bagi penghuni dua premis tersebut," katanya.

Tambah Mohd Ridzzuan, semua warga asing yang ditahan kini direman selama 14 hari di Depoh Imigresen Belantik untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, selain Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Kita juga akan memanggil pemilik premis terlibat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau tinggal di dalam premis mereka," katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular