Ikrar lengkap Rukun Negara dilafaz di Dewan Rakyat hari ini

Shopee Sale

Buat julung kalinya, lafaz ikrar Rukun Negara secara penuh bermula daripada mukadimah akan dilaksana dalam Majlis Persidangan Dewan Rakyat hari ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh.

“Langkah bersejarah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan.

Aaron (gambar bawah) berkata dalam negara yang berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, keharmonian antara rakyat merupakan kunci kepada kemajuan serta kestabilan, justeru itu penting bagi semua pihak menghayati dan mengamalkan nilai yang terkandung dalam budaya Rukun Negara.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan penuh semangat dan kesungguhan serta sama-sama menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada dunia dalam memupuk perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya.

MENARIK:  Kerajaan S'gor digesa arah henti pembersihan tanah di Bukit Lagong

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular