Himpunan Bersih: LFL ingatkan polis, mahkamah tolak keperluan notis

Shopee Sale

Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengingatkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 2014 telah pun membatalkan peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) yang mensyaratkan Bersih supaya memberi notis awal kepada polis.

Dalam satu kenyataan media hari ini, kumpulan itu berkata amaran oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid, semalam, agar orang ramai tidak menyertai perarakan Bersih ke Parlimen esok menunjukkan 'kejahilan yang serius' terhadap peruntukan PAA dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut pengarah LFL, Zaid Malek bahawa dalam keputusan rayuan Nik Nazmi Nik Ahmad lwn Pendakwa 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 9(5) PAA sebagai tidak berperlembagaan.

Katanya, penghakiman itu masih kekal kerana ia tidak ditolak oleh Mahkamah Persekutuan meskipun dalam kes Pendakwa Raya lawan R Yuneswaran pada 2015, Mahkamah Rayuan berasingan mengekalkan kesahihan peruntukan itu.

“Mahkamah 2015 tidak boleh menolak keputusan awal kerana kedua-dua mahkamah adalah sama taraf. Hanya Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi yang boleh menolak keputusan Nik Nazmi.

"Ini tidak pernah berlaku, dan keputusan itu kekal sah dan boleh dikuatkuasakan sehingga kini," kata Zaid sambil menggesa polis menarik balik ancaman terhadap mereka yang bakal menghadiri perhimpunan Bersih.

"Adalah mengerikan bahawa di bawah kerajaan pimpinan PH, polis bertindak keras terhadap perhimpunan Bersih. Menteri dalam negeri sendiri adalah daripada gabungan PH. PH berjaya berkuasa juga melalui banyak perhimpunan besar-besaran Bersih yang berjaya.

“Pemimpin PH juga turun dan berarak bersama Bersih di jalanan, apabila kerajaan BN ketika itu mengisytiharkan perhimpunan Bersih sebagai tidak sah atau haram.

MENARIK:  Anwar zahir takziah pada Iran susulan nahas presiden Raisi

"Sekarang apabila berkuasa, kerajaan pimpinan PH melakukan perkara yang sama. Ini adalah tingkah laku seperti Judas oleh gabungan PH," kata Zaid.

Peguam itu menambah, kegagalan memberi notis tidak menyebabkan perhimpunan itu menyalahi undang-undang kerana konsep perhimpunan haram hanya wujud di bawah peruntukan yang dimansuhkan mengenai perhimpunan awam dalam Akta Polis 1967.

"Pelanggaran mana-mana peruntukan PAA 2012 tidak menyebabkan sebarang perhimpunan menyalahi undang-undang. Oleh itu, tiada asas untuk ketua polis memberi amaran kepada orang ramai daripada menghadiri perhimpunan itu," kata Zaid.

Dia juga menggesa kerajaan menghentikan semua penguatkuasaan Seksyen 9(5) PAA mengikut keputusan mahkamah dalam kes Nik Nazmi.

Nik Nazmi kini adalah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, manakala Yuneswaran pula adalah ahli Parlimen Segamat.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular