Fong kecam MP PAS, dakwa sengaja politikkan isu papan tanda

Shopee Sale

Perdebatan mengenai peraturan papan tanda terus berlanjutan apabila Anggota Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun menuduh Anggota Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, memutarbelitkan fakta.

Fong berkata Afnan kerana tidak faham berkaitan kerumitan tadbir urus di ibu kota, selain menuduhnya menggunakan taktik politik pecah-belah.

"Pertama sekali, pendirian saya jelas: walaupun munasabah untuk Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan peraturan papan tanda mengikut undang-undang, proses penguatkuasaan perlu mengambil kira realiti praktikal dan konteks masyarakat majmuk di bandar.

"Kesimbangan mesti dicapai antara memartabatkan status bahasa kebangsaan dan mengekalkan kepelbagaian budaya," katanya.

Afnan Hamimi Taib Azamudden

Dalam sidang media di Parlimen semalam, Afnan mempersoalkan kesesuaian seorang anggota parlimen kerajaan menentang tindakan penguatkuasaan DBKL.

Merujuk kepada operasi di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Afnan berkata dia percaya DBKL bertindak dalam bidang kuasa mereka, selaras dengan amalan yang telah lama dipraktikkan.

Fong berhujah bahawa pembelaan Afnan terhadap "amalan lama" DBKL merasionalisasi pendekatan “usang” yang memerlukan pembaharuan.

"Sebagai anggota parlimen pembangkang, Afnan Hamimi gagal memberikan cadangan yang bernas, sebaliknya menyalahkan kerajaan kerana mencadangkan penambahbaikan dasar. 

“Ini adalah contoh klasik helah politik yang tidak bertanggungjawab," katanya,

Fong turut menuduh Afnan cuba mencipta tanggapan palsu bahawa "kerajaan menentang penguatkuasaan," menyifatkannya sebagai usaha bermotifkan politik untuk mencetuskan sentimen awam.

"Taktik yang memecahbelahkan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga merosakkan kepercayaan awam terhadap perbincangan dasar. 

“Tuduhannya tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan harmoni negara, malah hanya menonjolkan kecenderungan Perikatan Nasional/PAS mempolitikkan setiap isu," katanya.

MENARIK:  Status stesen LRT3 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Fong menekankan bahawa cadangannya berasaskan sentimen awam dan bertujuan untuk mengekalkan identiti masyarakat majmuk Kuala Lumpur serta reputasi antarabangsa bandar raya itu.

Dia mencadangkan penguatkuasaan yang fleksibel, seperti membenarkan papan tanda tradisional yang mempunyai kepentingan budaya mengekalkan reka bentuk asal sambil menambah papan tanda berbahasa Melayu.

"Pendekatan ini memenuhi keperluan undang-undang sambil menghormati kepelbagaian budaya—satu penyelesaian yang masuk akal dan praktikal," katanya.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas dan kenyataan berunsur hasutan Afnan Hamimi, dan saya menggesa dia menghentikan provokasi politik yang tidak berasas.

"Dia mesti kembali kepada perbincangan rasional dan menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara melalui tindakan konkrit, bukannya berdiri sambil menimbulkan pertikaian yang tidak perlu dengan slogan," katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular