Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui, seorang cedera

Shopee Sale

Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.

Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti Yusry Abdullah Sani berkata operasi Khas Storm menemukan keenam-enam mereka dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Mereka telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas EMRS dan kesemua mereka dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Beliau berkata agensi terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bernama semalam melaporkan bomba menerima aduan kira-kira pukul 7.31 malam berkenaan empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki gunung berkenaan.

MENARIK:  Dulu 95 peratus, tapi sokongan Cina kepada DAP sudah turun, kata Gerakan

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai dari Selangor, didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular