Bersatu berjaya meminda perlembagaan parti itu hari ini dalam usaha untuk menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah pada masa hadapan.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan petang ini, di mana perwakilan parti sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu.
Artikel itu menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.
Pimpinan parti dijangka mengadakan sidang media untuk mengumumkan keputusan tersebut.
[Berita penuh menyusul]