Dua rakan lemas mandi di Pantai Teluk Lipat

Shopee Sale

Kegembiraan tiga rakan mandi di Pantai Teluk Lipat di Dungun berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas dalam kejadian petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun yang juga Komander Operasi Shahrizal Shamsudin berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam itu, mangsa Mohammad Atiff Farrdugi Zainudin, 11, dan Muhammad Danish Mikail Abdullah, 9, ditemukan lemas manakala rakan mereka Ahmad Azril Farhan Mat Zain,11, selamat.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang tadi dan 22 anggota dari BBP Dungun, BBP Chukai dan BBP Kuala Berang bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera.

“Apabila sampai ke lokasi kejadian, kita terima maklumat daripada orang awam bahawa tiga kanak-kanak tersebut mandi di pantai sebelum dua daripada mereka disyaki lemas dan seorang selamat,” katanya dalam kenyataan.

Shahrizal berkata Mohammad Atiff Farrdugi ditemukan pada 4.55 petang semalam disusuli penemuan Muhammad Danish Mikail pada 6.24 petang masing-masing pada jarak kira-kira 150 dan 300 meter dari lokasi mereka disyaki lemas.

MENARIK:  Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi pencarian ditamatkan pada 6.50 petang semalam.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular