Dr M cari alasan, sedar dosa hilang wilayah tak boleh maaf – Puad

Shopee Sale

Pemimpin Umno percaya Dr Mahathir Mohamad sedang mencari alasan untuk menolak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh kerana sedar dosa kehilangan wilayah amat besar dan tidak boleh dimaafkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata bantahan peguam Mahathir terhadap pelantikan Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI umpama takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Sebab itu bantahan Tun M tidak perlu dilayan. Rakyat mahu tahu kenapa Tun M batal rayuan semakan keputusan Pulau Batu Putih. Ia amat misteri.

"Kenapa tidak dibawa ke Kabinet? Kenapa buat keputusan (dibuat) tergesa- gesa. Peguam Negara ketika itu pula dipaksa cuti (force leave)?

"Tun M cari alasan untuk mengelak RCI. Dia tahu dosa kehilangan wilayah amat berat dan tidak boleh dimaafkan ke anak cucu," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 16 Feb lalu, Malaysiakini melaporkan Mahathir mungkin memulaukan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan jika ia terus diterajui oleh bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif.

Peguam Mahathir, Rafique Rashid berkata dia tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Mahathir tidak menyertai RCI tersebut atas alasan Md Raus mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

“Sesuatu RCI itu sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan RCI tersebut.

Tun Md Raus Sharif menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Namun, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI Batu Puteh ini telah mewujudkan satu bahaya bias yang sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI tersebut serta akan menjejaskan kewibawaan dapatannya,” katanya.

MENARIK:  Harga padi, beras: PM beri tempoh KPKM, Naccol sampai 20 Mac

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata Mahathir tidak layak bercakap soal konflik kepentingan, mendakwa bekas perdana menteri itu orang yang banyak diselubungi konflik ketika di puncak kuasa.

"Dia melantik Datuk Mohd Shukri Abdul yang sudah bersara sebagai ketua pesuruhjaya SPRM. Kemudian lantik Latheefa Koya (orang politik) ganti Shukri.

"Perlantikan Richard Malanjun ketua hakim negara menggantikan Tun Raus juga kontroversi.

"Bahkan perlantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai ketua polis negara secara kontrak juga dipertikaikan," katanya lagi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular