Disyaki beri rasuah: SPRM tahan jurutera awam, pemilik sykt – sumber

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat kerana disyaki memberi rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 70-an itu ditahan pada 7 pagi hingga 12 tengah hari di beberapa lokasi di sekitar Sarawak dalam satu operasi khas yang dijalankan hari ini.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2006 sehingga kini dan kontraktor yang terlibat membenarkan lesennya digunakan turut menerima komisen hingga 10 peratus daripada nilai projek berkenaan.

“Pada masa sama, jurutera awam tersebut menerima upah kerana membantu mendapatkan projek-projek jabatan berkenaan,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut menyita sebuah kenderaan Proton X70, wang tunai berjumlah kira-kira RM450,000 dan barang kemas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

MENARIK:  Chegubard dipanggil polis ke Bukit Aman

Menurut beliau, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri, Sibu dan Kuching untuk permohonan reman, esok.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular