Di tengah konflik dalaman, Rohana kembali jadi presiden PRM

Shopee Sale

Satu kem dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengadakan mesyuarat agung luar biasa di Pelabuhan Klang, Selangor, semalam, untuk memilih kepimpinan baru, diketuai bekas presidennya Rohana Ariffin.

Menurut Rohana, keretakan dalam parti itu bermula apabila presidennya Ariffin Salimon meninggal dunia pada Disember 2023.

“Perpecahan berlaku kerana timbalan presiden Ezam Mohd Nor diketepikan selepas kematian Ariffin dan naib presiden Ahmad Jufliz Faizal dilantik sebagai pengganti.

“Semalam, kami mengadakan kongres khas di Pelabuhan Klang, yang mana saya diundi sebagai presiden, Ezam dikekalkan sebagai timbalan presiden, RN Raj dilantik sebagai setiausaha agung, dan tiga naib presiden (bekas Ahli Parlimen Kapar) S Manickavasagam, Tan Chu Kang, dan Sarah Afiqah Zainol Ariff," kata Rohana kepada Malaysiakini.

Rohana mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) belum memutuskan kem mana yang sah pada masa ini tetapi cadangan untuk mengadakan kongres khas diputuskan oleh jawatankuasa pusat parti pada 28 Jan 2024.

PRM ditubuhkan pada tahun 1955 dan mendapat perhatian menerusi kerjasama dengan Parti Buruh Malaysia di bawah Barisan Sosialis.

Rohana Ariffin

Bagaimanapun, ia menjadi lemah siri penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1960-an dan 1970-an, dan akhirnya bergabung dengan Parti Keadilan Nasional pada 2002 yang kini membentuk PKR.

Rohana adalah sebahagian daripada kumpulan yang menentang penggabungan itu dan menghidupkan semula parti dengan membawanya ke mahkamah.

Selepas Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim kembali ke PKR, Rohana menjadi presiden PRM dari 2010 hingga 2015.

MENARIK:  Majikan tak bayar gaji pekerja asing di Pengerang bakal didakwa

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, parti itu disertai beberapa ahli politik seperti Ezam, bekas Adun DAP Janice Lee, dan bekas Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam.

“PRM masih sebuah parti yang progresif dan berhaluan kiri. Dalam masa terdekat, kami akan berhubung dan cuba bekerjasama dengan parti seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga akan mendapatkan kerjasama dengan Muda, Bersih, dan Anak Bangsa Malaysia.

“Kita juga akan memulakan sesi sekolah rakyat untuk mendidik ahli muda dan baru tentang sejarah dan perjuangan PRM. Kami juga akan mendesak pilihan raya majlis tempatan dan sistem perwakilan berkadar," kata Rohana.

Sementara itu Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada satu lagi kem dalam PRM, termasuk Jufliz dan setiausaha agung sebelum ini, Koh Swee Yong.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular