Daim, keluarga gagal dapatkan kebenaran cabar siasatan SPRM

Shopee Sale

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap  siasatan SPRM ke atas mereka.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon. Dengan keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak lagi akan meneruskan perbicaraan mengenai merit tindakan undang-undang tersebut.

Antara relif yang dimohon dalam tindakan undang-undang itu adalah untuk membatalkan pertuduhan jenayah tidak mengisytiharkan aset oleh Daim dan isterinya Na'imah Abdul Khalid.

Farid memutuskan bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa terdapat mala fide (niat jahat) dalam siasatan SPRM terhadap mereka, dengan menyatakan bahawa hanya syak wasangka mala fide tidak memadai.

Hakim berkata, Daim dan Na'imah hanya perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (jenayah) untuk mencabar pertuduhan berkenaan.

MENARIK:  Terengganu isytihar Ahad sebagai Hari Batik

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular