Cukai SST naik: KPDN lancar operasi pantau peniaga

Shopee Sale

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula semalam bagi memantau kesan pelaksanaan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Menteri berkenaan, Datuk Armizan Mohd Ali berkata fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

Menurutnya, operasi berkenaan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

"Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

"Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Armizan berkata KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan sebarang tindakan kenaikan harga tidak wajar yang dikenal pasti dan siasatan serta-merta akan dilakukan di premis terlibat.

Orang awam boleh mengemukakan aduan menerusi aplikasi WhatsApp pada nombor 019-848 8000 / 019-279 4317; portal e-Aduan KPDN melalui pautan pusat panggilan: 1-800-886-800 atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

MENARIK:  Akta antilompat parti perlu lebih ketat - Mat Hasan

Bermula 1 Mac 2024, kadar baharu SST naik kepada lapan peratus berbanding enam peratus sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular