Burasak, uthappam, bak kut teh diwarta makanan warisan negara

Shopee Sale

Kerajaan telah menambah 10 hidangan dalam senarai makanan warisan negara.

Antaranya adalah burasak, uthappam dan bak kut teh.

Tahun lalu, berlaku perdebatan panas di Dewan Rakyat berhubung cadangan agar bak kut teh turut diwartakan sebagai makanan warisan negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Khairul Firdaus Khan dan Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah kedua-duanya menolak cadangan itu memandangkan ia adalah makanan tidak halal.

Namun Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing mempertahankannya, dengan berkata rakyat Malaysia mesti dapat meraikan kepelbagaian makanan tradisi semua kaum.

Tiong juga berkata walaupun bak kut teh lazimnya menggunakan daging babi, ada versi lain yang menggunakan makanan laut, ayam dan kambing.

Warta tersebut, yang bertarikh 16 Februari, tidak menyatakan secara khusus versi hidangan itu yang dimasukkan dalam senara.

Berita berkenaan perkara itu turut mencetuskan perdebatan serupa di media sosial semalam.

Tujuh lagi hidangan yang diwartakan adalah mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih lapis, kuih karas, jeruk tuhau dan air kathira.

MENARIK:  Polis masih kesan suspek pecah masuk rumah Kieda Crepe

Lebih 200 makanan dan minuman tempatan telah diwartakan sebagai warisan negara sejak dua dekad lalu, antaranya nasi minyak, yee sang, muruku dan kek lapis Sarawak.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular