Bukan ringgit saja, duit Jepun, China dan Asean pun susut – PM

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata bukan hanya ringgit sahaja yang merosot kerana mata wang Jepun (yen), China (renminbi) dan negara Asean lain juga mengalami penurunan.

Jelasnya, cuma dolar Singapura yang menjadi satu-satunya mata wang Asean yang menentang trend penyusutan itu.

“Kita hadapi masalah kejatuhan nilai ringgit yg juga menimpa yen jepun, renminbi cina, dan semua currency mata wang negara Asean melainkan Singapura,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.

Semalam, Anwar meminta supaya isu kejatuhan nilai ringgit ketika ini tidak dijadikan “sepak terajang politik”.

Jelas Anwar, kerajaan pimpinannya sedang berusaha memastikan nilai ringgit kembali melonjak.

Nilai tukaran ringgit telah berlegar sekitar RM4.77 hingga RM4.78 berbanding dolar AS dalam beberapa hari dagangan lepas.

MENARIK:  Jangan jadikan arwah mak bahan kempen PN - anak bekas Adun Mahkota

Ini menyebabkan beberapa pihak, termasuk pembangkang membidas cara kerajaan mengendalikan ekonomi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular