‘Buka buka Felda, MRSM untuk Orang Asli’

Shopee Sale

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah Felda khas untuk Orang Asli bagi memperkasakan sosio ekonomi masyarakat itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, ini kerana Felda telah terbukti berjaya dalam mengangkat sosio ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar.

"Felda kita tengok berjaya membangkitkan sosio ekonomi orang Melayu, bukalah satu Felda Orang Asli dan yang sedang diusahakan negeri Pahang.

"Jika berjaya (buka Felda Orang Asli), negeri Perak, dan negeri banyak orang Asli bukalah (Felda Orang Asli)," katanya ketika ditemui di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Pusat Perdagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.

Pada kongres berkenaan, Ramli turut membentangkan hasil sesi libat urus bagi pemerkasaan masyarakat Orang Asli.

Dalam pada itu, Ramli menyarankan Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dengan sokongan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat melakukan pindaan Perlembagaan bagi membela dan memperkasakan Orang Asli.

Katanya banyak isu termasuk soal tanah adat gagal mendapat pembelaan sewajarnya tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan.

MENARIK:  KPM sedang dapatkan laporan penuh kemalangan maut babitkan guru

Menyentuh aspek pendidikan, dia berharap lebih ramai anak Orang Asli diberi peluang melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah berasrama penuh.

"Bukalah pintu MRSM kepada kami tak banyak satu peratus saja, tak satu peratus 0.5 peratus. Bagi Orang Asli (melanjutkan pelajaran) di MRSM...di sekolah asrama penuh," katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular