‘Bersatu tak boleh ambil tindakan, perlembagaan dipinda lepas sokong PMX’

Shopee Sale

Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak terkesan dengan pindaan perlembagaan bakal dilakukan parti itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, berkata pindaan itu tidak akan menghalang dia daripada terus berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

"Berkenaan cadangan pindaan perlembagaan yang parti Bersatu nak buat tu, setahu saya parti tak boleh buat tindakan kerana perlembagaan diubah selepas saya buat keputusan menyokong PMX.

"Insya-Allah tiada apa yang boleh menghalang tugasan saya untuk berkhidmat kepada masyarakat saya untuk penggal ke-15 ini," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Bersatu dilaporkan akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini yang dijangka akan "menamatkan riwayat enam jahanam" dalam parti itu.

Perhimpunan itu akan meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam ahli parlimennya menyatakan sokongan terhadap pedana menteri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya, Razali Idris melalui notis makluman berkenaan mesyuarat itu.

“Insya-Allah maka tamatlah riwayat enam jahanam, mudah-mudahan Bersatu kembali bangkit dan terus mara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Surat makluman mesyuarat yang dikongsikan itu bertarikh 13 Februari lalu dan ditandatangani Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainudin.

Perhimpunan khas tersebut akan diadakan selama dua jam bermula pukul 3 petang di Pusat Konvensyen Ideal IDCC, Shah Alam.

Selain Mohd Azizi lima ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

MENARIK:  Pihak dikaitkan dalam laporan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM

Sementara itu, Mohd Azizi berkata cadangan pindaan perlembagaan dengan motif tertentu belum tentu akan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Lagi pun cadangan pindaaan perlembagaan mana-mana parti bukan sewenang-wenangnya akan diluluskan oleh ROS jika ianya dicipta untuk membunuh karektor wakil rakyat terpilih.

"Insya-Allah pindaan tersebut tidak menjejaskan kedudukan saya bersama lima MP bersatu yang isytihar sokong PMX," katanya lagi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular