Beras Madani: Mengapa lebih tinggi 90sen, tanya Kadir

Shopee Sale

Wartawan veteran A Kadir Jasin meminta kerajaan menjelaskan alasan di sebalik kenaikan harga beras putih Malaysia Madani sebanyak 90 sen.

Beras itu dijangka boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac ini.

Melalui hantaran dibuatnya di media sosial, A Kadir berkata, sebelum ini harga maksimum untuk beras tempatan ialah RM2.60 bagi setiap 1kg.

Bagaimanapun, memetik penjelasan Pengerusi Pasukan Bertindak (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal, A Kadir berkata setiap 1kg beras putih Malaysia Madani akan dijual pada harga RM3.50.

Berikut adalah pandangan diberikan A Kadir:

Kalau Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bagi kenyataan dengan tepat, media massa lapor dengan tepat dan saya faham kandungannya dengan tepat, maka cerita beras Madani ini adalah seperti berikut:

Sekarang ini ada dua jenis beras di pasaran. Satu, beras putih tempatan. Satu lagi, beras putih import.

Berkuat kuasa 19 Feb ini akan ada satu jenis saja yang dijenamakan Beras Putih Malaysia Madani.

Harga siling beras Madani ini ialah RM30 bagi beg 10 kilogram (kg). Ertinya bagi setiap satu kg harganya RM3.

Bagi pek lima kg, harganya RM15.50 atau RM3.10 satu kg. Pek 1kg pula berharga RM3.50.

Ertinya, harga siling paling rendah RM3 sekilogram dan paling tinggi RM3.50.

Sebelum ini, harga kawalan maksimum beras super special lima peratus (SSTS) adalah RM2.60.

Syed Abu Hussin Hafiz ini adalah Pengerusi Pasukan Bertindak (Kluster Makanan) Naccol.

Jadi, sekiranya kefahaman dan congakan saya berasaskan fakta-fakta di atas betul maka harga kawalan maksimum akan naik daripada RM2.60 bagi beras super special kepada RM3.50 bagi beras Madani, atau ada perbezaan 90 sen.

MENARIK:  Kuasa Agong isytihar darurat dibawa ke Mahkamah Rayuan

Maksudnya, harga Beras Putih Malaysia Madani ini lebih mahal daripada harga beras yang berkuat kuasa sejak 18 tahun lalu.

Syed Abu Hussin dipetik sebagai berkata: "Ketetapan ini dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dengan perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Beras dengan jenama Madani ini dijangka berada di pasaran mulai 1 Mac.

Natijahnya, atas dalih hendak hapuskan manipulasi pasaran dan memotivasikan pesawah serta industri beras maka pengguna kena bayar harga siling 90 sen lebih tinggi.

Akhir kalam, sekiranya kefahaman dan interpretasi saya tidak tepat, silalah jawab. Saya sentiasa mengamalkan hak menjawab (right of reply).

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular