‘Bentang kertas putih untuk pelepasan banduan tahanan rumah’

Shopee Sale

Badan pemantau reformasi institusi Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) menyambut baik pengumuman Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution pada 2 Mac bahawa kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada “sesetengan banduan”.

Bagaimanapun kumpulan itu telah menggesa kertas putih dibentangkan mengenai topik itu sebelum pelaksanaannya untuk mengelakkan dwi standard ke atas banduan.

"Bagaimana "sesetengah banduan" itu dipilih?

“Di banyak negara, tahanan rumah dan hospital telah disalahgunakan untuk membebaskan banduan kaya dan berkuasa daripada pemenjaraan, manakala banduan dari latar belakang biasa sering dinafikan atau tidak diberi keutamaan untuk peluang sedemikian.

"Kertas putih yang ketat akan membina keyakinan orang ramai bahawa tahanan rumah tidak akan menjadi satu keistimewaan atau 'lorong keutamaan' untuk penjenayah berkuasa, atau lebih teruk, disalahgunakan sebagai cip tawar-menawar dalam perjanjian politik," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata bahawa kertas putih itu mesti dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen sebelum sebarang perubahan dibuat kepada undang-undang, undang-undang kecil atau perintah pentadbiran.

MENARIK:  Umno pilih calon boleh menang untuk PRK Mahkota

Sabtu lalu, Saifuddin berkata penghuni penjara yang bakal terlibat bagi program berkenaan adalah daripada individu yang berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.

Katanya, KDN kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular