Bekas MP Sarawak angkat sumpah sebagai YDP Negara

Shopee Sale

Bekas ahli parlimen Sarawak, Mutang Tagal, mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baru.

Bekas ahli parlimen Bukit Mas yang berketurunan Lun Bawang itu merupakan orang Dayak pertama yang memegang jawatan ini.

Jawatan YDP Dewan Negara kosong selepas Wan Junaidi Tuanku Jaafar letak jawatan bulan lepas untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Mutang adalah calon tunggal yang dicalonkan bagi menggantikan Wan Junaidi, bermakna dia dilantik tanpa cabaran daripada pembangkang.

Mutang, 70, adalah ahli parlimen dua penggal untuk Bukit Mas dari 1982 hingga 1990.

Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu adalah seorang peguam.

Pada 2017 dia dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania di Sarawak.

Dalam ucapan perasmiannya hari ini, Mutang berkata dia telah dicalonkan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

MENARIK:  Subsidi diesel: Pantau media sosial elak sebar maklumat palsu - Exco

Mutang berikrar untuk meneruskan usaha mengukuhkan Parlimen, termasuk rancangan menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan penambahbaikan kepada peraturan mesyuarat.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular