Bekas ketua setiausaha negara dilantik pengerusi baru EAIC

Shopee Sale

Bekas Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar dilantik sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Integriti Agensi Penguakuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas sehingga 31 Jan 2027.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata bekas hakim Mahkamah Persekutuan Prasad Sandosham Abraham pula dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Turut dilantik menganggotai EAIC ialah Yusof Ismail; Razali Ab Malik; Mohd Gazali Abas; Ong Lam Kiat dan Siti Zainab Omar.

"Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Jan lepas, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

"Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya.

Anwar dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada barisan pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Sidek Hassan; Zainun Ali; Mahmood Adam; Aziah Ali; Alizatul Khair Osman Khairuddin; John Louis O'hara dan Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 30 Jun 2023.

MENARIK:  Beras di tapak lupus sampah Temerloh tak selamat dimakan - KPKM

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular