Bazar Ramadan: ‘DBKL akan batal lesen penjaja sewa pada orang ketiga’

Shopee Sale

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membatalkan serta-merta lesen penjaja yang menyewa lesen perniagaan kepada orang ketiga yang menggunakan lesen mereka untuk menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan.

Setiausaha politik kepada perdana menteri, Azman Abidin berkata pada tahun ini penguatkuasa DBKL akan lebih tegas dalam menguruskan permit tapak perniagaan bazar Ramadan di Kuala Lumpur.

"Kita maklumkan kepada penguatkuasa bahawa kali ini DBKL lebih tegas.

"Sekiranya, mendapati ada penjaja-penjaja yang dapat lesen kemudian menyewakan kepada orang ketiga, kita terus rampas lesen dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya," katanya yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Sebelum ini dilaporkan terdapat segelintir peniaga atau penjaja menyewa lesen perniagaan bazar Ramadan kepada orang ketiga termasuk warga asing bagi bayaran yang tinggi.

Azman berkata peniaga seharusnya berniaga sendiri dan tidak membenarkan orang ketiga menggunakan lesen milik mereka.

"Kadang-kadang kita suka nak kenal pasti. Walaupun, dia dah sewakan kepada orang lain, apabila kita tangkap, orang itu kata dia bekerja dengan pelesen tersebut.

MENARIK:  Kadar baru kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum Belanjawan 2025

"Jadi, itu ada masalah sikit, macam mana kenal pasti. Tapi, kita nak pastikan perkara tidak berlaku lagi.

"DBKL akan ada task force (pasukan petugas) untuk memantau dan penguatkuasaan," katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular