Baca, hadam, terima titah Agong – PM

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar "baca, hadam, dan terima" titah Yang di-Pertuan Agong hari ini.

"Kena baca, kena hadam, dan kena terima perintah titah tuanku," katanya ringkas kepada wartawan semasa turun padang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.  

Terdahulu, Istana Negara berkata pihak yang ingin mendapatkan pengampunan bagi mana-mana banduan supaya memohonnya melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong.  

Anwar juga ditanya sama ada kenyataan media itu ada kaitan dengan perhimpunan dirancang oleh Umno dan disokong PAS, Isnin depan bagi menyokong Najib Razak.

Anwar bagaimanapun hanya menjawab: “Kena baca, kena baca." 

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular