Anwar macam 'inspektor saab' boleh selesai semua – PAS

Shopee Sale

PARLIMEN | Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari secara sinis membandingkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan watak inspektor filem Bollywood kerana kerap mengubah keputusan kerajaan.

Fadhli berkata Anwar sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan kerajaan sendiri demi menenangkan rakyat.

"Saya nampak bahawa kerajaan hari ini seolah-olah beroperasi bertunjangkan kepada perdana menteri semata-mata.

"PM sudah menjadi (watak) Inspektor Saab dalam cerita Hindustan yang menyelesaikan semua perkara," katanya ketika berucap menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Fadhli merujuk kepada kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Disember lalu.

Namun, Anwar hari ini menjelaskan kenaikan tersebut hanya akan dikenakan kepada pengguna industri dan golongan berpendapatan tinggi.

Fadhli juga mengungkit satu lagi insiden Anwar dilihat bercanggah dengan kenyataan pemimpin dalam kerajaannya sendiri.

Katanya, pada tahun lalu Anwar memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah, yang dikatakan boleh kehilangan lesen sekiranya menaikkan tambang susulan rasionalisasi subsidi diesel.

Namun, Fadhli menambah bahawa Kementerian Pengangkutan kemudiannya menyatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa terhadap kadar tambang bas sekolah.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bas sekolah berada di bawah bidang kuasa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan menegaskan kadar tambang tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.

“Tambang bas itu bukan di bawah kita, kita tidak ada kawalan. Tambang bas itu sudah tidak lagi regulated. Ia antara (perbincangan dan persetujuan daripada) pihak ibu bapa (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dengan pengusaha,” kata Loke.

Merujuk kepada percanggahan ini, Fadhli mempertikaikan siapa yang sebenarnya betul antara Anwar dan Anthony Loke.

"Jadi yang mana satu betul? Perdana menteri betul? Kementerian Pengangkutan tak betul? Atau Kementerian Pengangkutan betul atau perdana menteri tak betul?"

MENARIK:  Tiada cuti gantian automatik pada 17 September

"Atau dua-dua tak betul? Saya rasa dua-dua tak betul," katanya.

Fadhli turut mengaitkan perkara ini dengan pengumuman tol sempena Tahun Baru Cina.

Pada 21 Januari, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan tidak lagi akan memberikan perjalanan tol percuma semasa musim perayaan, sebaliknya akan memperkenalkan pendekatan yang lebih bersasar.

Namun, tiga hari kemudian pada 24 Januari, Alexander menarik balik kenyataan tersebut dan mengumumkan diskaun tol 50 peratus akan diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 pada 27 dan 28 Januari.

Fadhli mendakwa perubahan keputusan ini memberi peluang kepada Anwar untuk tampil sebagai "hero" yang kononnya menyelamatkan rakyat.

Beliau menambah bahawa beliau keliru dengan cara kerajaan hari ini berfungsi, kerana sering mengubah keputusan selepas membuat pengumuman rasmi.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular