Angka korban di Gaza hampir 30,000 orang

Shopee Sale

Ini menjadikan jumlah korban akibat serangan rejim Israel sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 29,692 manakala 69,879 individu lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, lapor Agensi Berita Wafa.

Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan dan banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan atau terbiar di jalan raya ketika tentera Zionis terus menyasarkan kakitangan pertahanan awam dan anggota perubatan.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza mengakibatkan 85 peratus penduduknya hilang tempat tinggal di tengah-tengah ancaman kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dan 60 peratus daripada infrastruktur rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Buat kali pertama sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1948, Israel telah dituduh melakukan genosid.

MENARIK:  Kertas siasatan terhadap Hadi dirujuk ke AGC, kata IGP

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular