Aktivis rayu Perhilitan dipertanggungjawabkan atas tindakan bunuh monyet

Shopee Sale

Seorang aktivis membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk memastikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab atas tindakan menembak mati anak-anak monyet hampir tiga tahun lalu.

Nurul Azreen Sultan, seorang penduduk Negeri Sembilan, bersama kumpulan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia Global (Hidup),  telah memfailkan notis rayuan pada Selasa minggu lalu.

Peguam kedua-dua perayu, Rajesh Nagarajan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa rayuan tersebut adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak tuntutan sivil mereka.

Pada 30 Oktober, Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Haldar Abdul Aziz menolak tuntutan tersebut.

Dalam kenyataan saksi untuk menyokong tuntutan itu, Azreen meluahkan rasa sedih dan terkejut apabila melihat tindakan menembak binatang terancam itu di belakang rumahnya di Taman Raja Zainal, Port Dickson, pada 19 Mei 2021.

Dalam pembelaan mereka, Perhilitan dan empat defendan lain mendakwa bahawa tindakan menembak monyet tersebut adalah susulan daripada aduan awam mengenai tingkah laku agresif binatang itu.

Defendan, termasuk Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, menyatakan bahawa mereka menerima aduan awam tentang beberapa insiden serangan monyet terhadap manusia serta kerosakan harta benda sejak Januari 2021.

Pada 23 Julai 2021, Azreen dan Hidup telah memfailkan tuntutan sivil berhubung pembunuhan sekitar 20 ekor monyet tersebut.

MENARIK:  Akmal jemput Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap

Pada sidang media sebelum ini, Rajesh mendakwa rundingan politik dan petisyen yang difailkan oleh pejuang hak haiwan dan hidupan liar sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Dia menambah bahawa dengan bantuan peguam hak haiwan, Hidup kini berusaha mendapatkan keadilan melalui badan kehakiman untuk membawa kes penyalahgunaan hidupan liar ke muka pengadilan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular