25 hari di IJN, Mahathir masih dalam proses pemulihan

Shopee Sale

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad masih dalam proses pemulihan setelah 25 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

“Beliau masih lagi dalam proses pemulihan,” menurut kemas kini di media sosialnya sebentar tadi

Media sosialnya turut berkongsi gambar pemimpin berumur hampir seratus tahun itu sedang membaca akhbar dan menulis sesuatu.

Tiada maklumat lain dinyatakan.

Gambar itu dikeluarkan di tengah-tengah khabar angin bekas anggota parlimen Langkawi itu sedang kritikal.

Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas akibat masalah jangkitan yang tidak diperincikan, disusuli tempoh berehat untuk pemulihan optimum.

Bekas perdana menteri dua kali dan paling lama berkhidmat itu pernah menjalani pembezahan jantung sebelum ini.

Akibat keadaan kesihatannya, pendengaran kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “Kutty” minggu lepas terpaksa ditangguhkan.

MENARIK:  Bayi lelaki ditinggalkan dekat Pantai Paka

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular