2024 tahun terpanas di China setakat ini

Shopee Sale

GLOBAL | Purata suhu di China pada tahun lalu mencatatkan paras tertinggi sejak 1961 apabila negara itu mula merekodkan pemerhatian meteorologi lengkap, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Pusat Iklim Kebangsaan semalam.

Bacaan purata kebangsaan pada 2024 ialah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.

Sebanyak 19 kawasan pentadbiran peringkat provinsi mencatatkan suhu tertinggi pada tahun lalu, termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, Henan dan Shaanxi.

Purata hujan di seluruh negara mencecah 697.7 mm pada 2024, iaitu sembilan peratus lebih tinggi daripada purata tahunan.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular